Isnin, 14 Januari 2013

Home » , , , , , , , , , » FESYEN: TREND BAJU PEPLUM DAN TIPS MEMAKAI PEPLUM SUPAYA LEBIH CANTIK

FESYEN: TREND BAJU PEPLUM DAN TIPS MEMAKAI PEPLUM SUPAYA LEBIH CANTIK

Assalamualaikum w.b.t 

   Aku mohon para jejaka yang sedang membaca janganlah tengok pasal fesyen terus kau lelaju tekan butang pangkah. Sobs. Tolonglah jadi penasihat imej untuk mak, ibu, mak mentua, isteri , makwe, adik-beradik blablabla. Tau, baca sampai habis tau. Baiklah, sekarang mari kita mulakan sembang pasal fesyen. Cis, kemain aku nak cerita gebang siap nak bagi tips fesyen bagai? Kembar Fatin Liyana si blogtor pemes ( blogger plus doktor) kah? Haha. Bertenang anak muda, aku mengaku aku ini orang biasa-biasa. Walaubagaimanapun, jangan memandang siapa yang sedang memberi kata-kata, sebaliknya lihatlah apa kata-kata yang disampaikannya. Cewah begitu pendahuluan entri.



   Untuk penghujung tahun 2012 dan sepanjang tahun 2013 adalah sukacita dimaklumkan bahawa demam fesyen peplum sedang mengganas bukan sahaja di Malaysia tanah airku yang tercinta, bahkan di luar negara juga. Bagi mereka yang belum tahu apa itu peplum? Secara ringkasnya fesyen peplum ialah digambarkan bahagian baju di pinggang hingga ke punggungnya ada kembang-kembang yang tersusun kemas dan beralun cantik ala-ala mini skirt. Tak faham, takpe mari kita tengok gambar fesyen peplum yang hot itu. Kalau puan mak-mak mesti tahu punya fesyen peplum dulu digayakan oleh Saloma. Oh ye sebelum itu, oleh kerana aku ingin meyakinkan kau orang 99.9% , maka inilah gambar Fatin Liyana memakai peplum. Kredit gambar kepada FbMinazBoutique dan google. Yeay!


Peplum pastel color! comel sangat  o! n_n ( buat muka comel)


Kakak doktor Fatin Liyana, awak sangat cantik . tsk.

   Selepas kau orang menelek gambar di atas, mesti memasing dah bukak kemain banyak tab blogshop peplum nak dapatkan koleksi peplum yang very the latest. Tapi sebelum kau orang merabakkan beg duit masing-masing sampai cecah ratus-ratusan. Fikir dulu, how to dress your peplum? Sesuai ke tidak, waktu apa yang sesuai nak pakai, warna apa yang sesuai, potongan macam mana yang padan dengan bentuk badan dan sebagainya. Ini tidak, kau orang nampak cantik, warna semua colour block, colour pastel lagi menawan hati terus kau orang sambar ye dak? Haish salah tu, mari sini saya bagi sedikit tips ok. 

TIPS MEMAKAI DAN MENGGAYAKAN BAJU PEPLUM AGAR KELIHATAN LEBIH CANTIK

  • Baju peplum sesuai untuk santai dan of course formal/semiformal punya majlis. Trend sekarang ada 2 jenis yang tengah hot sama ada dengan manik atau pun border lace. Untuk formal boleh pakai yang dengan manik. Manakala yang dengan lace sesuai untuk apa-apa acara dan tema. Dengan berbesar hati aku maklumkan walaupun awak suka bergaya bagai, tapi tak payah kau nak pakai peplum bermanik seribu masa melawat orang meninggal. Aku tampo kang!
  • Gabungkan 2 warna yang berbeza untuk bahagian baju dan kain. Satu warna yang terang dan satu warna lagi yang lembut atau warna pastel contohnya peplum dusty pink atau tifanny blue atau mint green yang memang tengah hot u olls. Kau dengar sini, tak payah dan jangan sesekali gunakan lebih dari 3 warna, JANGAN. Tidakkah kau akan kelihatan pelik?
Mint Green Peplum Eight Design Boutique
  • Fesyen peplum sebenarnya sesuai dengan semua bentuk tubuh badan. Oh ye, baju peplum juga amat sesuai untuk mummy to be yakni ibu mengandung. Jangan ingat bila mengandung awak dah tak boleh cantiks lagi. Jangan risau orang yang berbadan montel seperti aku juga tidak akan terpinggir. Tsk. *meneteskan air mata sadis* Yang membezakan hanyalah permainan potongan dan mainan warna. 
  • Jika awak orang yang berbadan langsing menawan, tak ada masalah. Semua tiga jenis potongan dan warna boleh dipakai. Lebih banyak kembang-kembang dan warna-warna terang amatlah digalakkan bagi menimbulkan ilusi yang lebih cantiks. Elakkan warna-warna gelap ia akan buat awak nampak lebih kurus daripada biasa. Tahu tak adalah tidak begitu cantik kalau kurus keding sangat.Kalau pakai yang labuh hingga paras lutut lagi cun. Beruntunglah kau orang, sudah cantik bertambah cantiks lagi. *nada sebak, air mata bergenang*
  • Jika awak orang yang berbadan sedikit berisi dan bambam seperti saya. Carilah potongan yang tidak terlalu pendek sampai atas pinggang, pastikan ia dibawah punggung tetapi tidak labuh hingga ke lutut. Paras-paras bawah punggung sudah cukup cun.Sebab apa tak nak labuh ke lutut, sebab ia akan menyebabkan kita kelihatan pendek gemuk. Tak mahu begitu kan? Oh ye, pastikan tak terlalu banyak alunan kembang-kembang supaya kita tak kelihatan lebih bambam. Hehe. Gunakan warna yang sedikit gelap untuk ilusi lebih langsing. Elakkan daripada menggunakan warna block dengan banyak. Contohnya merah terang, oren terang, dan seangkatan dengannya. Jangan pakai peplum yang sarat dengan corak bunga,apatah lagi bunga yang besar.
Peplum Padieka.com
  • Jika awak orang yang berbadan sederhana pula, boleh pilih ikut kesesuian dan keselesaan. Tapi elakkan juga alunan kembang-kembang yang terlalu banyak nanti tak pasal-pasal badan terutamanya pinggang awak nampak lebih besar daripada biasa. Nak lagi cantiks, boleh pakai tali pinggang yang simple dan bersaiz sederhana. Jikalau peplum anda sudah sarat dengan manik atau lace, tak payahlah mengada nak pakai tali pinggang lagi, ada faham?
  • Peplum juga cantiks digayakan bersama seluar palazo,skirt atau kain labuh seperti  potongan duyung atau potongan lurus. Tapi kalau boleh kain yang berpotongan itu janganlah ketat sangat. Nanti tak selesa, bila tak selesa automatik kau akan kelihatan kurang cantik. Nampak permainan dia ? Bagi mereka yang merancang nak bertunang atau nak kahwin inilah masanya untuk design baju tunang dan kahwin korang dengan design ala peplum.  Oh hoho hatiku sudah tertawan, tsk.
peplum putih ini sangat cantik lagi comel *nangis*
atau pun ini ?


  • Sebenarnya, peplum tak terhad untuk baju saja. Peplum juga direka untuk jaket. Oleh itu kalau awak pakai jaket berpotongan peplum. Elakkan pakai baju yang ada banyak ropol di dalamnya. Elakkan juga pakai baju yang tebal di dalam, kau kan nak sarung jaket lagi. Tak ke bersepah ketiak dengan lecak kalau pakai kat Malaysia ni. Lagipun nanti tak memasal badan kau nampak macam besar. 


  • Kebanyakan peplum yang dijual ialah dari jenis kain lycra. Kain lycra jenis yang melekat pada badan jadi kalau boleh elakkan ataupun cari saiz yang besar sikit jadi tak hadolah nampak seketul-seketul segala apa yang ada di badan awak. Jenis kain lain yang sesuai untuk peplum ialah cotton, kain japanese cotton, chiffon, satin, dan sebagainya. Ini kena rujuk kepada mereka yang lebih pakar.

 Baiklah, itulah saja antara tips dan nasihat untuk sesiapa yang nak pakai peplum. Bila cakap pasal fesyen ianya adalah keberanian. Kalau awak memang jenis tak berani mencuba baik lupakan saja hasrat itu. Aku amat yakin sekali baju peplum meletops di hari raya ini tahun. Haha. Kalau ada lagi tips, bolehlah tambah di ruangan komen. Awak cari blogshop peplum yang cantik, harga berpatutan dan berkualiti tinggi? Bolehlah google sendiri ye. Haha. Jari mak jemah dah nak tercabut menaip u olls. Jangan lupa tolong share kan kat kawan-kawan ye? Babai.


p/s: Fesyen untuk mencantik kan lagi diri kita, tapi jangan sampai diri jadi mangsa fesyen. Kasihan aku melihatnya :) Jom serang MinimaLace online shop Fatin Liyana (klik)





Copy paste dengan kredit. Terima kasih :)

30 pembaca setia tulis komen:

ejulz berkata...

mcm2 fesyen skang ni.. hehe

cantik kakak doktor.. kim salam ek.. hehe :P

fizafantagirO berkata...

suka entry nih! semalam satu hari p shopping , cr jugak baju jenis peplum ni , tp tak ada yg berkenan ..

Syazana Zainn berkata...

nice. suka gak peplum

dah ada 4 helai utk koleksi.hikhik

gdsbnga berkata...

Kite sukeeee entri ni sebab kite pun berminattt dgn peplummm ! Thanks for sharing :)

MaYa MustWany berkata...

cantik..berkenan gak.semalam dah hampir beli, tapi emm last2 mnt cncel..huhuhu

hazwan hairy berkata...

sgt suka tgk gadis dress ini..haha

afzalsukasuki berkata...

abg tak pernah pakai lagi baju ni, tapi kalau pakai kompom mak abg halau dari umah ni

kalau abg pakai tak jadi plum dah, tapi lebih kepada nangka ataupun kayu balak

najihahfara berkata...

nak try jugak pakai tapi mcm x sesuai je huhu

aiman fanboy k-pop berkata...

ooppsss..!
nak klik button (X) da td...tengok ada kak fatin liyana..terus baca sampai habes...
errkkk..org laki baca taper kan?heehee..:0

Liyaa Mf berkata...

Hamboi2. Dah jadi perunding fesyen lak skang. Eh, perunding fesyen ke perunding imej? Hehe. Bagus2. Pasni boleh bukak konsultant. Pastu leh bekerja ngan model2 secomel fatin liyana okeyy! :D

NIA SI DRUMSTICK berkata...

wahh..cantik nye peplum color pastel tu sis..huhu..nak 1!!!haha..

ina berkata...

cntik fesyen dress ni..mcm sesuai utk ke majlis je kn..good inf0 :)

shidaR berkata...

org cntik pakai ape pn cntik ^_^

Izara4eva™ berkata...

teringin jugak nk try peplum ni.. fulus xde lagi.. haha

Remy hazza berkata...

fesyen baju ala 50 nie kuar balik...semakin menarik dgn sentuhan moden......

cik beLLanan berkata...

minat jugak peplum ni. mama cakap macam baju saloma :D

Mummy Adriana berkata...

inspired by saloma! she's the real fashion icon :)

NURULHANIF berkata...

suka tgk org pakai tapi akak xsesuai..

Nieyxzha Hassan berkata...

Teringin nak pakai..semalam tgk ersalina pakai..chantek ^^

noornazuha berkata...

akak ada tempah gak peplum ni...tapi bila pakai..alamak,nampak lain macm jeh....

Cik Kay Jue berkata...

ckj tak reti n tak sesuai nak pakai macam ni. huhu..

p/s: lama giler tak terjah blog sis92.. rindu kamu!

ahsfantasy Ryu berkata...

Comel. hehehe..

iyka zulaika berkata...

dah mcm pakar fesyen dah bagi tips ni. bagus laa. kita main pakai je. tapi ikut keselesaan laa. :)

Fynaz Shamz berkata...

huk alohh.. memei dok crik sal peplum nie ... huhu

Sukma Haron berkata...

suka fesyen nie ...nak cari satu utk majlis kahwin adik...

marshmallow berkata...

Nice tips! Cuba tgk www.facebook.com/louloudiahijabsistas

Diorg jual peplum pastel color chiffon.. Very nice :) nak gi kenduri, pakai tunang or pakai raya bleh tambah beads or lace sendiri..

shiera abu hassan berkata...

Hye... Sy nk tnya suar palazo tu cmne? Coz sy da dinner n tema retro..ase nk try pake peplum n suar palazo tu??? Sesuai x? Sy nk yg smple...

Phat berkata...

dik yg pastel blue dari padieka tu abg belikan utk kak yati tau dulu hehe

nor hamizah berkata...

salam sis...warna apa yg sesuai untuk org chubby?peplum yg putih n pink tu(mcm dalam gambar kat atas tu)sesuai tak dgn org chubby?

Sis Ieja berkata...

@nor hamizah

sory ya lambat
em putih maybe kurang sesuai. Pink okey cuba jangan yang terlalu terang. Cuba warna pastel mesti sesuai. Kalau nak jugak warna putih, baju tak boleh sarat sangat . Harap membantu tq :)

COPYRIGHTED @BLOG SIS92