Khamis, 3 Januari 2013

Home » , , » Kesilapan dan Kemaafan

Kesilapan dan Kemaafan

Assalamualaikum w.b.t. :)

Aku cuba menjadikan entri ini pendek dengan isi yang padat. Tak ada faedahnya aku menaip panjang berjela bak karangan Tingkatan 5 sampai dua tiga muka surat tapi isi KOSONG. Membebel versi taipan lima enam perenggan akhirnya kau orang tak dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan. Aku menaip dari hati, jadi sila baca dengan berhati-hati. Ok, tamat perenggan pendahuluan.

Semua orang pun buat silap. Silap kecil, silap sederhana, silap besar. Kesalahan sekecil zarah pun kalau namanya kesilapan tetap akan dihukum orang. Kau orang mesti pernah dengar kata-kata hikmat moden yakni:
"Kalau kita buat kebaikan, tak semua orang boleh nampak dan ambil kisah. Tapi sekali kita buat salah, semua orang akan ingat kau, salah kau, sampai mati".
 Jadi, haruslah diingat betapa besarnya kesan negatif yang akan kau hadapi apabila kau selesai buat kesilapan walaupun kecil. Jadi, cuba bayangkan kalau kesilapan kau besar? Eh, bayangkanlah sekarang.

Kesilapan kepada Tuhan, kita boleh minta ampun, minta taubat pada Tuhan. Jangan risau, jangan sedih. Tuhan boleh ampunkan hamba-Nya. Tapi kalau dengan manusia lain? Sila ingat akan 3 hal iaitu :

Yang pertama, bila kita buat salah kepada sesama manusia, kita boleh minta maaf dan kita dimaafkan.
Yang kedua, bila kita buat salah kepada sesama manusia, kita boleh minta maaf dan kita tidak dimaafkan.
Yang ketiga, bila kita buat salah kepada sesama manusia, kita tak minta maaf, apatah lagi untuk dimaafkan.

Boleh nampak kan perbezaan dia? Masyarakat selalu cakap begini:
"Sedangkan Nabi pun maafkan umatnya, siapalah kita untuk tidak memaafkan sesama manusia"

Dekat sini memang ada satu masalah iaitu manusia tetap juga namanya manusia. Hatinya lain-lain, maksud aku isi dalamnya yang lain dan tak akan serupa. Kita takkan pernah tahu apa orang lain rasa dalam hati dia. Jadi kau doalah banyak-banyak semoga semua orang dapat maafkan kesalahan kita dengan ikhlas. Tanpa dendam. Kita pun kena belajar maafkan orang dengan ikhlas tanpa mengungkit-ungkit. Yang penting, belajar dari kesilapan. Aku rasa tak ubah bak bercakap depan cermin ajaib. Entri untuk diri sendiri juga sebenarnya. Tolong maafkan saya,ya ?

Ok, semoga hasil pembacaan kau orang ada faedahnya. Jaga diri, babai :)



p/s: Aku takut, aku senyap, aku bimbang nanti menambah masalah, menambah kemarahan, menambah ketidaksukaan orang lain. Tuhan, apa perlu aku buat? Sedih tak terkata :')










Copy paste dengan kredit. Terima kasih :)

26 pembaca setia tulis komen:

Remy hazza berkata...

kemaafan pun kena tgk keikhlasan jugak...takut dihati lain...dimulut lain.......

Khairul Zamri berkata...

setuju tu... kite mnta maaf jela bia laa camne pun. org tu nk maafkan or x terpulang pd die , kita dah lepas bile kita mnta maaf

syafiqakarim berkata...

kesilapan sesama manusia ni yg payah.
payah nak dpt kemaafan.
jadi,seboleh elakkan.



tp manusia yg ada hati perut,
akan sentiasa memaafkan.
kita bukan nabi.tp kita kan pengikut nabi :)

wahh gituewwww. hiks.

kosong~~~kosonggg~~~~

mohdhazlan Dreadlock berkata...

sabar itu senjata plg ampuh . prmulaannya adlh pahit . tapi manis di akhirnya .

be strong

Ieyza Afieyna berkata...

betul2.. tapi kemaafaan tu biarlah ikhlas... ade stgh tu ckp maaf pastu ungkit...

cci berkata...

betul tu.. yg penting keikhlasan..

Siti K------- berkata...

siti slalu gk bimbang dengan hati orang ni..huhuhu...maafkan ct jugak ye sis..maafkan sbb lama xdatang cni....huhuhu

Ezad Skytech berkata...

hati manusia ni lain2 dan kita mmg susah nak predict..mulut je kata ikhlas tapi hatinya kita tak tahu...tapi kalau betul ikhlas memaafkan tu bagus la...:D

hazwan hairy berkata...

sangat setuju....jnji kita mntk maaf kan...diterima or x tu biarlah...

anis scha berkata...

Hati manusia, susah kita nak jangka. yang pnting, keikhlasan dalam hati masing-masing.

afzalsukasuki berkata...

haah ni masalahnya

abg ada masalah ngan certain2 orang yang mana kalau kita buat baik,orang ingat sekejap dan lupa akhirnya.

bila ditanya 'Eh ada ea??' :(

dan bila kita buat silap sikit,untung bebenor kalau dia marah sendiri sampai mati.tapi kalau mulut dia turut bekerja.. dengan semua orang dia cerita.yang semua org tu plak cerita ngan semorang yang lain..yg semorang yang lain cerita ngan semorang yang lain-lain.dah serupa piramid MLM plak

sebesar2 kebaikan yang kita lakukan belum tentu boleh menutup sekecil2 kesalahan yang telah kita lakukan

Al-Azrul Iqmim berkata...

salam perkenalan..done flw.jmput ke blog sy n hrap flw skali :)
http://mimque.blogspot.com

Sarip Kumbang berkata...

-__-!

-meeSUPERGIRL- berkata...

belajar utk memaafkan :)

MaYa MustWany berkata...

emmm tak tahu nak komen pe..mas sendiri pun tak dapat nak memaafkan seorang je dalam hidup mas..tak tahu la bila hati ikhlas nak maafkan dia..

Encik H berkata...

aku selalu fikir, sama ada aku ikhlas maafkan seseorang atau tidak..sebab kebiasaannya, aku senang nak memaafkan tapi susah nak melupakan..so bila aku tak melupakan, aku terfikir adakah aku sebenarnya tak ikhlas dalam memaafkan..

sudahnya,aku cuma memaafkan..soal ikhlas atau tidak, biar Allah yang tentukan..lagipun susah nak lupa bukan bermakana kita dendam..

aku tak tau komen aku ni based pada apa..macam lari dari topik pun yer jugak..hahaha..kesimpulannya aku harap aku sentiasa maafkan orang, walaupun mungkin ada org yg tak maafkan aku..:)

shuhadaothman berkata...

maaf pada mulut memang senag dilafazkan, pada hati? Alahaii. Diri gue pon kadang-kadang macam tu. Thanks memperingati. Sama-sama ubah diri :)

Lyeen De Syifa berkata...

hati manusia..lain2.byk ragamnya..apapun yg pntg kita dah mohon maaf..tu tserahlah kat dia nk maafkan ke tak..yg ptg nawaitu kita dah baik.:D

laskar pelangi berkata...

setiap kemaafan tu perlu ada keikhlasan.manusia tak sempurna,jadi sentiasa buat salah..tak salahkan kalau kita mintak maaf

:)

Ayie Abas berkata...

kesilapan kadang kala sesuatu yg kita x undang...

misz aisya berkata...

aku bukan manusia pendendam. aku mudah memaafkan sbb bg aku semua manusia pernah buat silap. :)

tp, itu tak bermakna org laen boleh sng2 pijak kepala aku.

Sis ieja berkata...

@Remy hazza

betul, itu penyakit manusia harini. Tak seiring sejalan.

zafira othman berkata...

selesaikan masalah dgn berhemah. itudiaaa,baru lah matang kan

azizah :) berkata...

manusia semua pernah buat silap.. takpelah belajar untuk memaafkan :)

CikMunBlogger berkata...

manusia memang takkan pernah lari dari buat salah . kita juga harus memaafkan orang lain . kalau nak orang lain pun maafkan kita . kan ? ikhlas kan semua :)

sabella mohamad berkata...

takpe kak , yg penting kita dah mintak maaf . soal dia sama ada nak maafkan atau tak , tu urusan dia dengan Allah ;)

COPYRIGHTED @BLOG SIS92